~NuFFNaNg~

Tuesday, January 4, 2011

~~TenGOk TeaTer LaGi~~

26/12/2011

Utk tahun 2010, ini adalah teater yang terakhir yang kami tonton.
Teater bertajuk Siti di Alam Fantasi.


Sinopsis :

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.
Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.



Liyana Jasmay sebagai Siti dan Fizo Omar sebagai Putera Raja
(Depan dari kanan)


"Macam tak sangka lak, aku menonton kembali teater yang ku pernah tonton sejak 12 tahun yang lepas", antara yang tersirat dalam hati sebelum teater bermula.

(Tapi biler kenang balik, masa kanak2 dulu lagi terhibur...hehe)


Persembahan dan perjalanan cerita kali ini ada pengekalan dan perubahan.

Antara perubahan yang berlaku pada elemen gimik. Tambahan pulak watak2 dlm teater ini dilakon oleh Liyana Jasmay, Fizo Omar, Vanida Imran, Aby Yus dan Johan Raja Lawak

(memang lawak habis biler Aby Yus dgn Johan digandingkan)



Aby Yus sebagai Mamat dan Johan Raja Lawak sebagai Pokok
(Depan dari kanan)


Memang terkenang balik zaman kecik2 dulu biler nonton teater ni....

P/S : Kalau anda teringin tengok aksi BIAWAK TERBANG tonton la teater ni... tapi akan datang (kalau ada ulangan) hahaha

1 comment:

Kak Mahh said...

Rajin sungguh menonton teater...minat ye.