~NuFFNaNg~

Thursday, December 2, 2010

PengHayatAn...............





01/12/2010

Waktu cuti2 ni bosan jugak kalo tak ade ape-ape pengisian atau aktiviti....
Cuti Semester kali nie ku tak berkeje... (
biasenye ku akan cari keje...tak kire la dgn kilang mane2 pun)

Jadi nak kate asyik berguling2 kat atas biease la cuti2 nie kan.... Bangun pun kadang2 lewat... (
HP letak sblh telinga pun leh tak dgr)

Alkisah nye......

Mak ku ajak la diri nie pergi tgk teater dan semestinye teater yg BOX OFFICE skrg nie ;
NATRAH (ulangan atas permintaan ramai)



agak lame jugak la ku tak pegi tgk teater... rase2 ade nak dekat setahun setengah... (
mungkin)

ramai jugak yang datang menonton mlm tu...

Jalan cerite nye berasaskan kisah benar yang berkisahkan tentang :~


Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura.

Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya..

Konflik agama dan isu penjagaan yang telah menyebabkan terjadinya rusuhan di Singapura.


Dalam teater ini telah banyak menimbulkan soal Agama dan Bangsa...

  • membincangkan soal akidah apebile Natrah dibawak balek ke Belande
  • jugak semangat masyarakat Tanah Melayu yg prihatin ngan kejadian tersebut (sampai ade babak rusuhan)
Gambar nie sempat amik sblm tearter tamat....huhu (segan gak nak bawak kua kamera)

Tapi dari mule sampai ke penamat, jalan penceritaan mmg terbaik... ade scene yang agak 'humor' (
mase Remy Ishak menari Lambak + Hindustan ...Klakar giler) ade jugak scene yang sedey rase nye...

P/s : Dah habes tgk teater tu dlm hati aku asik membuak2 semangat jiwa Agama dan Bangse.... tp balek tu pekena sat kat kdai soto dpn ampang point...huhu... ShoDAP ...nyum2 !!


*sumber dari http://www.istanabudaya.gov.my/teater_natrah*

1 comment:

Kak Mahh said...

Bagusnya dia temankan emak tgk teater