~NuFFNaNg~

Sunday, January 23, 2011

BoRRrrrrrrrrinkkk!!

18/01/2011

Masuk minggu nie, duduk hostel je dah nak masuk 3 minggu.

Borink yang melanda tak dapat dibanteras lagi, tak kala asyik buka 'FACEBOOK' yang makin bosan. fuhhh... <-- sejak2menjak ni dah kurang "ber-facebook"

Nak pendek kan cerita, terjumpa la satu website ni ngajar buat 'papercraft'

Sekali tengok memang menarik. Dan2 terus download papercraft yg dalam website tu
print > gunting2 > lekat2


Terhasil lah Encik DANBU !! (atau selalu aku panggil Mr.Kotak)

Ambil masa 2hari 2malam je nak siapkan Mr.Kotak....hahaahah

HASILnya = Tak melayan facebook dalam masa 2hari semata2 nak siapkan Mr.Kotak (MENAKJUBKAN!!)


P/S : Cuba buat perkara yang perlukan tumpuan penuh untuk elak bermain facebook... mwauahahahaha

Saturday, January 15, 2011

~~ HoT.SPoT at KlAH RiVer ~~

13/01/2011

Sempena hari Cuti seperti yang diwar-warkan oleh lecture yang ada (sebab kata pensyarah ada UNIKL staff meeting).. maka telah K.A.M.i memprogramkan diri utk beriadah pada hari tersebut

Riadah dimane ?? HotSpring Sungai Klah, 10 KM dari EXIT SUNGKAI. Perjalanan yang hanya memakan mase 2-jam 30-minit dari Kuala Lumpur (jauh jugak tu)


Baru sampai : Dreba penat minum sampai kering botol


Tempat tu memang menarik, ada kolam air panas dari suhu 0'C sampai 100'C. Harga tiket hanya RM10 sahaje utk dewasa dan mandi la sepuas2nya.

Korg boleh mulekan perjalanan korg melalui titi kayu dan korg boleh nampak rasai suasana hutan sambil2 tu boleh rase jugak suasana bahang air panas... (maklum la, dekat situ je suhu air yg mengalir dah capai 90'C)


Pondok ni korg boleh buat Natural Sauna.. duduk diam2 kat atas pondok tu selimut la kalau nak dan rasai bahang air panas yang datang dari bawah pondok tersebut.
(dekat sini je wap air naik menebal sampai tak nampak jalan <-- mcm tambah2 cite lak aku ni)



Sampai2 je dekat laluan titi tu, korg boleh nampak haluan air mengalir dan suhu air tu mencecah 90'C. (Kalau korg berani nak celop tangan, cube la~~~)



Kolam yang pertame ni dah macam tepi pantai pulak biler sekali tengok...hahaha. Suhu air dekat sini adalah random dan bergantung pada keadaan. Macam mase kitorg sampai tu air suam2 lagi, biler hujan mule turun suhu air dekat situ naik siket...
(rase panas tu memang la nama pun kolam air panas... cume tahan tak tahan je la...haha)




Sepanjang laluan kat tepi kolam air panas tu korang boleh lalu atas batu2 kecik bertujuan utk refleksiologi... (Pedih gak kaki pijak atas laluan tu tapi utk kesehatan ape salahnye kan ??)



Kalau nak rebus telor pun ada jugak kawasan yg dibenarkan... suhu air dekat situ memang sesuai utk rebus telor. Kalau boleh beli telor siap2 dekat luar sblm masuk ke tempat ini. (Sebab tak ade jual telor kat dlm tempat nie)



Siape yang badan die tak tahan panas boleh berendam dekat kolam air biase (cetek je kolamnye, ada tempat gelonsor lg...hehe)


Berbaloi dgn hanya bayar RM10 boleh nikmati mandian air panas dekat sini. Kalau nak buat jakuzzi pun ade jugak, tapi kena bayar RM75 utk family package (ade la package diorg sediakan tapi aku tak ingat)

P/S : Kalau datang sini, JANGAN LA KORG BERENDAM LEBIH 30 MINIT !! Nanti tak pasal2 Pengsan nak kena papah lak~~

MenJeLmaNya SemeSter 4 !!!

11/01/2011

fuhhh... Nak dekat Seminggu dah tak update blog, agak sibuk jugak sejak masuk semester 4 nie
Lepas daftar je 6hb hari tu terus mule sebukkan diri (saje2 buat sibuk) dgn siap2kan barang2 nak masuk hostel.

Hah! sebut pasal hal hostel, Sems nie berbilik di Tingkat 1 (mmg kalo nak turun bawah melompat pun boleh) dan dapat pulak ber-roomate-kan 2 org Kelatan (Din dgn Hafez). Pak Jatt maseh maintain roomate asal aku.

Memang bosan jugak duduk hostel. Tapi sebabkan diri nie susah nak bangun ke kelas, dayakan jugak la duduk hostel.

Kelas Sems nie memang terbaik la, sebab Final Exam cuma ada 4 paper je. Less Stress then last Sems ...hehe

Tapi mcm biase, 1st week aku dah mule ponteng kelas...mwauahahaha
Sebabnye tidor lewat layan movie dekat bilik budak2 dlm hostel...
Ade jugak kes kena TERJAH dgn encik Wan sebab tidor dlm hostel tanpa PERMIT (diorg tgh tunggu bilik kosong, dah mcm pelarian pulak). Ramai PATI yang berkeliaran dekat dlm hostel waktu 1st week. Tapi 2nd week nie harap diorg sume dah dapat bilik masing2 la...
Maklum la siap kena cabut2 undi bagai semata2 nak dapatkan bilik hostel ...hahaha

P/S : 1st WEEK memang sesuai utk PONTENG KELAS (tidor la puas2) !!!...mwauahahahaha

Tuesday, January 4, 2011

~~TenGOk TeaTer LaGi~~

26/12/2011

Utk tahun 2010, ini adalah teater yang terakhir yang kami tonton.
Teater bertajuk Siti di Alam Fantasi.


Sinopsis :

Mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.
Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.



Liyana Jasmay sebagai Siti dan Fizo Omar sebagai Putera Raja
(Depan dari kanan)


"Macam tak sangka lak, aku menonton kembali teater yang ku pernah tonton sejak 12 tahun yang lepas", antara yang tersirat dalam hati sebelum teater bermula.

(Tapi biler kenang balik, masa kanak2 dulu lagi terhibur...hehe)


Persembahan dan perjalanan cerita kali ini ada pengekalan dan perubahan.

Antara perubahan yang berlaku pada elemen gimik. Tambahan pulak watak2 dlm teater ini dilakon oleh Liyana Jasmay, Fizo Omar, Vanida Imran, Aby Yus dan Johan Raja Lawak

(memang lawak habis biler Aby Yus dgn Johan digandingkan)



Aby Yus sebagai Mamat dan Johan Raja Lawak sebagai Pokok
(Depan dari kanan)


Memang terkenang balik zaman kecik2 dulu biler nonton teater ni....

P/S : Kalau anda teringin tengok aksi BIAWAK TERBANG tonton la teater ni... tapi akan datang (kalau ada ulangan) hahaha

JAduAl dAh kUar !!!

04/01/2011

Kepala pening bagaikan otak nak pecah. Maklum la asyik fikirkan hal sekeliling.

Fikir punye fikir teringat lak minggu nie dah nak mula daftar utk semester ke-4. Bayar dah. Daftar onlne pn dah. Tapi ada yang lagi memeningkan kepala biler dapat tahu jadual dah keluar.

Buka2 je jadual tu lagi bertambah pening !!!

Klik pada gambar utk paparan sesedap mata memandang


Fuhhhh~~~~.......

Jadual hari Isnin memang lenggang (lega), tapi hari Selasa (mak aih...macam tak bagi rehat)
Pack giler !!!

Hari Jumaat ada satu je kelas, tapi kalau boleh tak nak ada kelas langsung hari tu ...hehe


Alkesahnya tgh memikir samada nak ubah jadual tu atau 'stay' je dgn yang ada sekarang ni

P/S : Minta tolong bagi pendapat sikit... otak tgh pening nie